Tulisan ini turut dianggap sebagai bukti kukuh kesan kedatangan Islam ke Tanah Melayu berdasarkan kepada penemuan 'Batu Bersurat' di Terengganu yang bertarikh 702 Hijrah atau 1303 Masihi (sebelum kedatangan Islam ke Asia Tenggara, masyarakat Melayu menggunakan tulisan 'Pallava Grantha' yang berasal dari India Selatan dan menyerupai tulisan Sanskrit).
Namun berdasarkan sumber lain, tulisan Jawi juga berkemungkinan berkembang sejak zaman Kerajaan Islam Pasai kemudian disebarkan ke Kerajaan Melaka (kemungkinan besar sebelum 1511), Kerajaan Johor dan juga Aceh pada abad ke-17. Penggunaan tulisan Jawi mula merosot beransur - ansur selepas penjajahan orang Eropah pada tahun 1511 (berpunca daripada kemasukan dan dominasi tulisan Rumi/Roman oleh penjajah Eropah).
Meskipun begitu, penggunaan tulisan Jawi masih diteruskan setelah penjajahan British di Tanah Melayu pada abad ke-17 di Negeri - Negeri Melayu Tidak Bersekutu/ Bersekutu sebagai perantara penting dalam semua urusan pentadbiran, adat istiadat dan perdagangan. Contohnya digunakan dalam perjanjian-perjanjian penting antara pihak-pihak di-Raja Melayu dengan pihak-pihak berkuasa Portugis, Belanda dan Inggeris seperti Perjanjian Pangkor.
Selepas kemerdekaan pada tahun 1957, tulisan Jawi telah hilang kedudukannya sebagai tulisan rasmi dan digantikan dengan penggunaan tulisan Rumi sepenuhnya selepas perisytiharan Akta Bahasa kebangsaan 1963 (walaupun akta tersebut tidak melarang penggunaan tulisan Jawi). Akibat akta tersebut, penggunaan Jawi sedikit demi sedikit mula merosot hingga tahun 1894. Pada tahun 1985, Kementerian Pelajaran Malaysia menyedari kepentingan warisan ini telah mewajibkan pelajaran tulisan Jawi ini disekolah rendah agama Kini tulisan ini hanya digunakan di dalam urusan agama Islam dan adat istiadat Melayu yang kebanyakkannya di Johor, Kedah, Kelantan, Perlis, dan Terengganu.
Che Mad : Ada kemungkinan tulisan Jawi dipengaruhi oleh loghat dan bahasa Cina dari China sekiranya Batu Bersurat Terengganu merupakan tulisan Jawi terawal. Ini adalah kerana Batu Bersurat Terengganu turut merupakan bukti asal kedatangan Islam ke Tanah Melayu melalui pedagang Arab dari China :-)
Sumber :
No comments:
Post a Comment