PENDAPAT : Langkah - Langkah Moden Mengurangkan Kesesakan & Kemalangan Jalanraya

Beberapa pendekatan dan langkah - langkah yang dinyatakan di bawah hanyalah pendapat semata - mata berdasarkan kepada cetusan idea sendiri. Sama ada pendapat di bawah diterima akal dan relevan atau tidak terpulang kepada individu yang menilai.. Antara langkah - langkah terbaru yang boleh dipraktikkan ialah :

1. Wujudkan 1 badan pemantau yang bertugas di pintu masuk lebuhraya sebelum plaza tol. Badan pemantau ini akan memeriksa beberapa aspek keselamatan setiap kenderaan dan diri pemandu (untuk perjalanan melebihi 200(?)kilometer) SECARA RINGKAS seperti

a) jumlah masa tidur sebelum memandu (untuk memastikan pemandu tidak mengantuk dan berehat secukupnya)
b) pengambilan alkohol dalam masa terdekat (untuk memastikan pemandu memandu dalam keadaan rasional)
c) kali terakhir servis kereta (untuk menilai keadaan kenderaan)

Mana - mana pemandu yang tidak lulus pemeriksaan di atas TIDAK dibenarkan memasuki lebuhraya. Kekurangan daripada langkah di atas ialah agak memakan masa dan tidak menjamin kebenaran yang dinyatakan oleh pemandu (mungkin pemandu menipu)


2. Tempatkan 'checkpoint' polis (bukan checkpoint saman ekor) setiap 20km hingga 30km untuk memastikan pemandu memandu dengan sopan. (Ye la bila pemandu tengok polis, mesti tak berani bawak laju - laju). Dan jangan letak 'dummy' polis.


3. Kenalpasti pemandu/kenderaan yang melakukan banyak kesalahan jalanraya atau terdapat sejarah kesalahan jalanraya yang banyak seperti pernah disaman beberapa kali kerana memandu secara berbahaya, melebihi had laju dan lain - lain. Pemandu / kenderaan ini tidak dibenarkan menggunakan lebuhraya dan hanya dibenarkan menaiki kenderaan awam untuk ke tempat tujuan. Kos pengangkutan kenderaan awam ditanggung oleh kerajaan.

4. Pemandu yang ingin menuju ke tempat tujuan lebih daripada 200 kilometer hendaklah membuat 'certificate' yang menyatakan

a) keadaan dan akhlak pemandu
b) keadaan kenderaan

yang diperiksa oleh bengkel - bengkel dan ditandatangani sama ada oleh majikan atau wakil rakyat. 'Certificate' ini akan diserahkan di pintu masuk lebuhraya dan terpulang kepada pengurusan lebuhraya untuk meluluskan atau tidak penggunaan lebuh raya kepada pemandu.

No comments:

Post a Comment